Ahad, 26 Jun 2011

Pendapatan Aktif & Pasif

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

atau dengan kata lain:


Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!

Antara punca pendapatan pasif ialah Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan.

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.

Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada
saya nanti ;)

FORMULA 70/30

Sebahagian daripada ilmu yg saya perolehi dari teman2.....
Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka- mereka yang telah berjaya dalam hidup.

Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda.

Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehinggab ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana
ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.


Sama- sama kita renungkan......