Jumaat, 6 Mei 2011

Kisah Tragis Yang Membawa Kepada Kejayaan Bermula Dari Kosong : Mentor Abang Abu

Kisah ini juga dalam emel dari Shamsul Ariffin (www.copynpastemillionaire.com)...
Semoga kita mendapat inspirasi dari kisah tragis ini...

Kisah Tragis Yang Membawa Kepada Kejayaan Bermula Dari Kosong
oleh seorang mentor saya iaitu Abuayubul Ansari atau lebih
dikenali sebagai Abang Abu. Baiklah, kisah yang telah berlaku
lebih 17 tahun dahulu iaitu pada tahun 1994 ketika umur beliau
22 tahun. Kejadian itu berlaku semasa beliau hendak menghantar
adik beliau posting di USM.

Mengikut cerita Abang Abu, kira - kira lebih kurang pukul 2
pagi,beliau telah ditimpa kemalangan yang dahsyat dimana
mengorbankan ayah beliau dengan serta merta dan selepas 4
bulan lebih kemudian ibu beliau juga telah meninggal dunia
akibat daripada kejadian ini.

Semasa itu beliau dalam keadaan paralyze daripada neck to
bottom dan mengikut Doktor, besar kemungkinan beliau juga
akan meninggal pada waktu koma itu. Doktor mengatakan, kalau
beliau hidup pun, anggota badan dari neck to bottom tidak
akan berfungsi.

Maha Kuasa Tuhan Yang Maha Esa, beliau sedar dari koma. Ketika
beliau berada di rumah setelah balik dari hospital, beliau
melihat keadaan keluarga yang tidak teratur terutama dari segi
kewangan masih kekurangan dan adik beradik beliau semuanya
masih kecil dan perlukan bimbingan manakala beliau yang sulung
dalam keluarga. Kerana tanggungjawab itu pada bahu beliau
setelah ketiadaan ibu dan ayah, beliau sekarang terpaksa berbuat
sesuatu untuk menyara keluarga beliau.

Dan masa itulah timbulnya satu rasa kata orang itu "aku ingin
berjaya" dan "aku mesti berjaya" dimana satu rahsia yang keluar
dari hati beliau untuk berjaya. Dan pada masa itulah kata
orang tu the turning point of my life bagaimana beliau bermula.

Beliau percaya, kalau kita hendak berjaya kita hendaklah
mempunyai PHD.

P bermaksud Passion, bermaksud bila membuat sesuatu kita mesti
membuat dengan sungguh - sungguh dan cintakan perkara yang
kita buat itu.

H pula bermaksud Hungger, yang membawa maksud kita dahagakan
kejayaan atau dahagakan sesuatu. Sebagai contoh Abang Abu
dahagakan wang dan kejayaan kerana beliau terpaksa menangung
keluarganya. Dan dari situlah datangnya kerja keras beliau tanpa
mengira masa.

D bermaksud Desire yang bermaksud impian. Nasihat Abang Abu,
kita perlu mempunyai inpian yang besar kerana dengan mempunyai
impian yang besar, passion dan hunger kita akan bergerak sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan