Jumaat, 6 Mei 2011

KEGIGIHAN 'THE IRON LADY' : DATUK DR.MAZNAH HAMID

Pagi nie dapat emel dari Copy N Paste Millionnaire... kali nie berkongsi cerita tentang kegigihan The Iron Lady: Datuk Dr. Maznah Hamid.

Jom kita renungkan bersama.............

"Dalam menempuhi perjalanan hidup, kegetiran, kesukaran untuk
berada di tahap sekarang tetapi segalanya terhasil sehinggakan
beliau diberi jolokan 'The Iron Lady'. Berdasarkan pengalaman
berguru dengan beliau, boleh saya katakan beliau bukanlah
calang - calang wanita.

Beliau bukan sekadar seorang isteri, ibu kepada 5 orang
putera - puteri, tetapi juga seorang Pengerusi Eksekutif
yang menerajui 55 cawangan Seciriforce dengan jumlah 5000
kakitangan dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan
van kelis peluru. Beliau berasal dari Jerlun, Kedah dan
hanyalah seorang insan yang biasa sahaja.

Beliau dibesarkan oleh datuk dan nenek yang memiliki latar
belakang agama yang kuat dan konservatif. Banyak perkara
tidak boleh dibuat sehinggakan untuk belajar di sekolah orang
putih pun dilarang. Namun disebabkan kegigihan dan kemahuan
yang tinggi, beliau tetap ke sekolah Inggeris pada sebelah
pagi dan petangnya belajar di sekolah agama pada sebelah petang.

"Pesan nenek pada beliau, jikalau tidak lulus MCE (sekarang SPM),
saya disuruh jadi usatazah dan apabila tamat pengajian di
Unversiti dia mahu saya saya jadi tokoh agama. Tapi yang
bagusnya apabila pendidikan agama kita kuat, tidak kira di
mana kita berada walaupun jauh beribu batu dari keluarga
tercinta, kita tidak mudah tergelincir atau tersasar dari landasan".

Datuk Maznah pernah berpesan "Untuk berjaya, kaya, bahagia
dan hidup senang, seseorang itu memerlukan ilmu dan kemahiran
dalam pelbagai aspek" Ini kerana dengan mempunyai pelbagai
kemahiran, punca pendapatan kita datang dari pelbagai cabang
dan ditambah dengan pencapaian akademik yang kita miliki.
Bagi beliau untuk berjaya kita memerlukan 80 peratus kepintaran
EQ dan 20 peratus kepintaran IQ (akademik).

Atas dasar kegigihan inilah beliau telah dijadikan duta oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), untuk
mempromosikan 'Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan' dimana
beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan
cabaran melalui seminar kepada semua graduan.

Datuk Maznah pernah berkata " Saya sentiasa mempertingkatkan
kemampuan diri dari segi bakat, kemahiran, pelan pemasaran
dan juga mutu produk dan perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan.
Saya 'jual' kualiti diri saya dan syarikat yang saya jadikan
modal utama merintis kejayaan saya pada hari ini". Dan akhirnya
beliau bukan sahaja dikenali sebagai wanita yang menceburi
bidang lelaki tetapi juga berjaya menyaingi golongan terbabit."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan